Atlas of Tooth Development and Eruption

Atlas erupsi dan perkembangan gigi

Kami telah menerbitkan atlas yang komprehensif dan berdasarkan bukti untuk menganggarkan usia berdasarkan perkembangan gigi dan erupsi alveolar untuk individu dalam tempoh usia 28 minggu in utero hingga 23 tahun; menggunakan satu siri gambarajah yang mewakili satu jaringan atau lanjutan usia perkembangan tanpa jarak atau tindanan 1.

Data perkembangan gigi diperolehi dari pemeriksaan 72 rangka prenatal dan 104 rangka post natal yang diketahui umur pada masa kematian, dan merupakan sebahagian dari koleksi Royal College of Surgeons Of England dan Natural History Museum, London UK (L 91, P72, Jantina tidak diketahui 13)2,3. Data juga diperolehi dari koleksi radiograf individu yang masih hidup (L264,P264) 4. Fasa median bagi perkembangan dan erupsi gigi bagi semua kategori umur telah digunakan untuk menerbitkan atlas ini. Perkembangan gigi ditentukan berdasarkan ,Moorrees, Fanning dan Hunt 5,6 dan erupsi dinilai berdasarkan perbandingan dengan paras tulang alveolar 7,8. Persetujuan antara pemeriksa adalah 0.85 apabila dikira menggunakan Kappa untuk 755 gigi (65 individu).

Gambarajah telah digunakan untuk mewakili perkembangan gigi mengikut bulan dalam trimester terakhir kandungan, mengikut dua minggu sekitar akhir kandungan (40 minggu) dan kelahiran, mengikut suku tahun bagi perkembangan tahun pertama kehidupan dan mengikut tahun selepas tahun pertama.

Atlas ini boleh dimuat turun dan digunakan bagi tujuan pengajaran atau pembelajaran persendirian.

Perisian interaktif elektronik kini boleh didapati secara percuma.

Muat turun Atlas Gigi versi PDF

Rujukan:

  1. AlQahtani S J (2008). Atlas of tooth development and eruption. Barts and the London School of Medicine and Dentistry. London, Queen Mary University of London. MClinDent.
  2. Stack M V (1960). Forensic Estimation of Age in Infancy by Gravimetric Observations on the Developing Dentition. Journal of the Forensic science Society 1(1): 49-59.
  3. Liversidge HM, T I Molleson. (1999) Developing permanent tooth length as an estimate of age. Journal of Forensic Sciences 44:917-920.
  4. AlQahtani S J, H M Liversidge, M P Hector (2010). Atlas of tooth development and eruption. American Journal of Physical Anthropology;142(3):481-90
  5. Moorrees C F A, E A Fanning, E E Hunt (1963a). Age Variation of Formation Stages for Ten Permanent Teeth. Journal of Dental Research 42: 1490-502.
  6. Moorrees C F A, E A Fanning, E E Hunt (1963b). Formation and Resorption of Three Deciduous Teeth in Children. American Journal of Physical Anthropology 21: 205-13.
  7. Bengston R G (1935). A study of the time of eruption and root development of the permanent teeth between six and thirteen years. Northwest University Bulletin 35: 3-9.
  8. Liversidge H M, T I Molleson (2004). Variation in crown and root formation and eruption of human deciduous teeth. American Journal of Physical Anthropology 123(2): 172-80.

Nombor pendaftaran Hak cipta : VAu000979741

Diterjemahkan oleh:

Dr. Budi Aslinie Md. Sabri
E-mail: asliniesabri@yahoo.com

Hubungi:

Dr. Sakher Jaber AlQahtani: PhD student
E-mail: asakher@ksu.edu.sa

Dr. Helen Liversidge, PhD supervisor
E-mail: h.m.liversidge@qmul.ac.uk

Prof. Mark Hector: PhD supervisor
E-mail: m.p.hector@dundee.ac.uk